TANGAN PANAS ATAU TANGAN SEJUK YER SAHABAT!!!!!

SALAM SEMUA PENGUNJUNG DAN SAHABAT PERKEBUNAN MEK ZILA

Korang pernah dengar tak istilah tangan panas atau tangan sejuk. Rasanya kalau korang dah lama dalam bidang pertanian ni mesti korang tahu kan maksud istilah ‘tangan panas’ atau ‘tangan sejuk’. Namun bagi yang masih baru atau baru cuba berjinak jinak dengan bidang pertanian ini mesti tak pernah dengar kan.

 

Ok disini mek ceritakan serba sedikit tentang  istilah ‘tangan panas’ atau ‘tangan sejuk’ pada yang belum tahu ye. Istilah ‘tangan panas’ ini adalah tidak sesuai untuk menanam pokok. Contoh bagi yang belum faham ialah  bila dia menanam tak kisah la ape pokok sekalipun, pokok tersebut akan berakhir dengan innalillah atau pun Mati lei senang ceghita.

Berlawanan pula bagi yang memiliki tangan sejuk ini, ape yang mereka tanam atau segala berkaitan dengan penanaman pokok ini, maka pokok yang ditanam adalah segar, cantik, comel, gemuk dan semua la yang elok…

Macam mana nak tahu tangan korang ni dalam kategori apa.. ‘Tangan Panas’ atau ‘Tangan  Sejuk”

 

 

Bila menyentuh bab ini senang je korang nak tahu korang dalam kategori mana. Cuba tanam pokok tak kisah la pokok ape ye. Janji pokok na. Jangan pulak korang p tanam benda lain pulak. Memang sah la tak hidup. Paling simple korang nak tahu korang kategiri mana cuba beli je dekat nursery. Mek zila sarankan pokok yang sangat lasak bagi yang baru nak menanam ni. Contoh pokok lasak ni adalah semestinya bunga kertas atau pun bonsai ficus. Ini kerana pokok ni memang mudah jaga janji ade air ye. Jangan la pulak adik kakok sayang tanam pokok tak siram ye. Memang la mati dia nanti.

 

Selamat mencuba gais… dah try tu nanti bagi feedback na…